• Login
  • Register
Selasa, 13 Mei 2025
Keadilan dan Kesetaraan Gender - Mubadalah
Dukung kami dengan donasi melalui
Bank Syariah Indonesia 7004-0536-58
a.n. Yayasan Fahmina
  • Home
  • Aktual
  • Kolom
  • Khazanah
  • Rujukan
  • Tokoh
  • Monumen
  • Zawiyah
  • Kolom Buya Husein
No Result
View All Result
Keadilan dan Kesetaraan Gender - Mubadalah
  • Home
  • Aktual
  • Kolom
  • Khazanah
  • Rujukan
  • Tokoh
  • Monumen
  • Zawiyah
  • Kolom Buya Husein
Keadilan dan Kesetaraan Gender - Mubadalah
No Result
View All Result
Home Kolom Publik

“Monogami saja!” kata Ibn alJauzi

Mohammad Syafiq Ismail Mohammad Syafiq Ismail
17/01/2020
in Publik
0
Ibn, Aljauzi
14
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Atas nama Yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam, buat kekasih.

Saya kira, tajuknya sudah membuat kita tertanya-tanya. Progresif sekali ulamanya. Saat ustaz-ustaz kita dinihari mencanang poligami ke ceruk rantau, berhujahkan ayat dan hadis-hadis ; siapa yang begitu berani bersuara bahkan memerintahkan agar monogami sahaja?

Begitulah perasaan saya, tatkala menemukan petikan kenyataan ulama ini. Yang justeru lebih menghairankan, ulamanya bukanlah ulama kontemporari, bahkan tergolong daripada ulama klasik, yang wafat pada tahun 597H-1258M, yakni pada kurun 13 Masihi. Kira-kira seratus tahun sebelum munculnya Renaissance di Eropah pada kurun 14 Masihi, dan 400 tahun sebelum munculnya Enlightenment/Pencerahan pada kurun 17 Masihi. 700 tahun sebelum kita!

***

Beliau bernama Abd arRahman bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Ubaidullah bin alJauzi alQurasyi atTamimi alBakri (nisbah kepada keturunan Muhammad bin Abu Bakr asSiddiq) alBaghdadi alHanbali. Salah seorang daripada ulama kurun 6H, yang bermarkas di Baghdad, salah satu daripada gedung Islam terkemuka pada zaman keemasan Islam.

Baca Juga:

Tonic Immobility: Ketika Korban Kekerasan Seksual Dihakimi Karena Tidak Melawan

Ulama Fiqh yang Membolehkan Perempuan Menjadi Hakim

Kemanusiaan sebelum Aksesibilitas: Kita—Difabel

Anggota Parlemen dan Hakim Perempuan

Beliau dilahirkan pada tahun 510H, dalam sebuah keluarga pedagang yang menjual alat tembaga. Beliau membesar sebagai anak yatim, bapa beliau meninggal dunia saat beliau berusia 3 tahun. Maka yang menggalas tanggungjawab membesarkan dan mengasuh Ibn alJauzi ialah makciknya. Beliaulah yang menyerahkan tanggungjawab mendidik Ibn alJauzi dalam ilmu-ilmu agama, semenjak usia yang muda lagi, kepada gurunya Ibn Nasir. Guru yang mahir akan mengasuh bakat muridnya ; demikianlah yang dilaksanakan oleh Ibn Nasir, sehinggalah anak muridnya ini, dibekalkan dengan semangat menuntut ilmu yang tinggi serta kecerdasan luar biasa, diasuh beliau hinggalah boleh berpidato dan memberi kata-kata semangat serta nasihat yang membekas kepada khalayak, semenjak usia remaja lagi.

Ibn alJauzi semenjak kecil, tidak suka bergaul dengan kanak-kanak lain yang membuang-buang waktu. Bahkan beliau sentiasa serius dalam menuntut ilmu, menurut keterangan beliau sendiri, hingga ke akhir hayatnya, menghabiskan waktunya antara belajar, menulis atau memberi ceramah dan pengajian. Justeru, tidak hairanlah, dengan semangat yang jitu, dan permulaan yang bersinar gemilang, melahirkan seorang sosok ulama yang begitu prolifik, dan memahiri bidang yang pelbagai dalam pengajian Islam.

Beliau antara ulama yang prolifik menulis, di antaranya yang tidak asing lagi dalam pendengaran kita yang berbahasa Malaysia, kerana ia telah diterjemahkan dalam pelbagai edisi (Inggeris/Indonesia) ialah Sifatus Sofwah, berkenaan bibliografi Salaf dan akhlak mereka yang mulia, serta Soidul Khatir, dan Talbis alIblis berkenaan tentang pintu-pintu masuk Iblis menyesatkan manusia. Beliau juga telah mengarang sebuah tafsir yang agung berjudul Zadul Masir.

Beliau wafat pada malam Jumaat, 12 Ramadhan 597H, di Baghdad, dan dikebumikan di Bab Harb. Semoga Allah merahmati beliau atas segala khidmat dan jasa yang beliau curahkan dan ikhlaskan, demi Islam dan muslimin. Amin.

***

Beliau mengarangkan sebuah risalah ringkas, berjudul ‘Tanbih anNaim alGhamir ‘ala Mawasim al’Umr’, berkenaan fasa-fasa yang dilalui oleh setiap manusia, dan peringkat umurnya. Beliau bukan sekadar mengungkapkan fakta, tetapi juga menyelitkan syor dan nasihat beliau, tentang bagaimana meladeni hidup dengan cara terbaik, indah pada waktunya.

Di antaranya ialah fasa remaja. Beliau menasihatkan agar menjadi anak muda yang terurus, dan tidak sibuk dengan kelalaian dan ketidakseriusan.

Beliau sempat menyelitkan nasihat progresif nan berharga ini, yang saya terjemahkan ke dalam bahasa melayu,

“Hendaklah dia bercukupan dengan seorang wanita sahaja. Janganlah dia bermudah-mudahan tentang soal memperbanyakkan bersenang-senangan menikmati wanita. Kerana demikian itu akan memecah-mecahkan (kebulatan) hati dan melemahkan kekuatan. Serta, demikian (menikmati) itu takkan ada penghujungnya.” (ms59, Dar Ibn Hazm, cet. Pertama 1997)

Beliau jelas memerintahkan monogami kepada anak muda yang ingin berkahwin.

Adakah beliau menolak ayat alQuran yang mengizinkan poligami? Saya kira beliau tidaklah menolaknya, cuma menganggapnya sebagai satu pilihan dan solusi, bagi hal-hal yang terkecuali. Sementara hukum asal nikah itu ialah monogami. Ini juga pendapat yang dipegang oleh Khatib Syirbini, bahkan Syirbini lebih jelas memuliakan monogami berbanding poligami, dengan menyatakan bahawa ‘Monogami itu Sunnah’. (Mughni alMuhtaj, j4ms207, Dar alKutub al’Ilmiyah, cet. Pertama 1994)

Terlalu melayan syahwat akan memecahkan kebulatan hati, yakni, seseorang akan mudah tidak berpendirian kerana terbiasa melayan desakan hawa nafsunya. Akhirnya melahirkan manusia yang bilamana saja disogok dengan syahwat, pangkat dan pegangan agama langsung digadaikan ; ini merbahaya. Justeru, sekiranya dibaca lebih teliti, Ibn alJauzi menganjurkan monogami dengan tujuan untuk mengawal dan meluruskan kehendak syahwat, agar ditunaikan sesuai pada kadarnya. Kerana melampau-lampau dalam hal ini, akan melemahkan kekuatan, dan menghalang seseorang pemimpin keluarga daripada menunaikan tanggungjawab yang menjadi kemestian baginya. (Harus kita baca teks ini sesuai dengan zaman Ibn  alJauzi – kurun 12 Masihi)

Ibn alJauzi turut menekankan, perihal menunaikan kenikmatan ini takkan ada penghujungnya. Yang saya kira, beliau memberi sindiran sebenarnya kepada ketagihan menunaikan syahwat. Justeru solusinya dikembalikan kepada ayat pertama ; hendaklah dia bercukupan dengan seorang wanita sahaja.

***

Justeru dengan ini kita boleh memahami sedikit sebanyak pendapat yang memuliakan monogami, bukan setakat daripada ulama kontemporari, bahkan daripada ulama klasik, wacananya sudah muncul dan perlu dikeutarakan agar seimbang perbahasannya, dan agar Islam tetap dinilai sebagai pembawa solusi, bukannya penyebab punca masalah. Manusia berubah, hukum-hakam yang memenuhi keperluan manusia juga harus berubah, khasnya di zaman edan ini, zaman di mana amanah terabai dan kezaliman berleluasa, apatah lagi atas nama agama.[]

Mohammad Syafiq Ismail

Mohammad Syafiq Ismail

Terkait Posts

Kebebasan Berekspresi

Kebebasan Berekspresi dan Kontroversi Meme Prabowo-Jokowi

13 Mei 2025
Merapi

Dampak Tambang Ilegal di Merapi: Sumber Air Mengering, Lingkungan Rusak

12 Mei 2025

Hari Raya Waisak: Mengenal 7 Tradisi dan Nilai-Nilai Kebaikan Umat Buddha

12 Mei 2025
Paus Leo XIV

Mengenal Paus Leo XIV: Harapan Baru Penerus Paus Fransiskus

12 Mei 2025
Barak Militer

Apakah Barak Militer Bisa Menjadi Ruang Aman bagi Siswi Perempuan?

11 Mei 2025
Hari Raya Waisak

Kontekstualisasi Ajaran Islam terhadap Hari Raya Waisak

10 Mei 2025
Please login to join discussion
No Result
View All Result

TERPOPULER

  • Merapi

    Dampak Tambang Ilegal di Merapi: Sumber Air Mengering, Lingkungan Rusak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hari Raya Waisak: Mengenal 7 Tradisi dan Nilai-Nilai Kebaikan Umat Buddha

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenal Paus Leo XIV: Harapan Baru Penerus Paus Fransiskus

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kebebasan Berekspresi dan Kontroversi Meme Prabowo-Jokowi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tidak Ada Cinta bagi Arivia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

TERBARU

  • Tonic Immobility: Ketika Korban Kekerasan Seksual Dihakimi Karena Tidak Melawan
  • Ulama Fiqh yang Membolehkan Perempuan Menjadi Hakim
  • Kemanusiaan sebelum Aksesibilitas: Kita—Difabel
  • Anggota Parlemen dan Hakim Perempuan
  • Kebebasan Berekspresi dan Kontroversi Meme Prabowo-Jokowi

Komentar Terbaru

  • Asma binti Hamad dan Hilangnya Harapan Hidup pada Mengapa Tuhan Tak Bergeming dalam Pembantaian di Palestina?
  • Usaha, Privilege, dan Kehendak Tuhan pada Mengenalkan Palestina pada Anak
  • Salsabila Septi pada Memaknai Perjalanan Hidup di Usia 25 tahun; Antara Kegagalan, Kesalahan dan Optimisme
  • Zahra Amin pada Perbincangan Soal Jilbab
  • Nolimits313 pada Perbincangan Soal Jilbab
  • Tentang
  • Redaksi
  • Kontributor
  • Kirim Tulisan
Kontak kami:
[email protected]

© 2023 MUBADALAH.ID

Selamat Datang!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Home
  • Aktual
  • Kolom
  • Khazanah
  • Rujukan
  • Tokoh
  • Monumen
  • Zawiyah
  • Kolom Buya Husein
  • Login
  • Sign Up

© 2023 MUBADALAH.ID

Go to mobile version