• Login
  • Register
Jumat, 4 Juli 2025
Keadilan dan Kesetaraan Gender - Mubadalah
Dukung kami dengan donasi melalui
Bank Syariah Indonesia 7004-0536-58
a.n. Yayasan Fahmina
  • Home
  • Aktual
  • Kolom
  • Khazanah
  • Rujukan
  • Tokoh
  • Monumen
  • Zawiyah
  • Kolom Buya Husein
No Result
View All Result
Keadilan dan Kesetaraan Gender - Mubadalah
  • Home
  • Aktual
  • Kolom
  • Khazanah
  • Rujukan
  • Tokoh
  • Monumen
  • Zawiyah
  • Kolom Buya Husein
Keadilan dan Kesetaraan Gender - Mubadalah
No Result
View All Result
Home Kolom Personal

Impak Islamisasi di Malaysia: Tudung sebagai Identiti Muslimah Sejati dan Isu Pengawalan Moraliti Perempuan

Kita tak ada benteng yang kuat secara tradisi untuk melawan dogma Islam pamplet. Tidak seperti di Indonesia, Islam pamplet boleh dilawan dengan barisan ilmuan agamanya yang berakar kuat pada tradisi ilmu, dan budaya masyarakatnya sendiri

Huda Ramli Huda Ramli
27/06/2022
in Personal
1
Muslimah Sejati

Muslimah Sejati

499
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on Whatsapp

Mubadalah.id – Isu utama tudung adalah ia diarusperdanakan sebagai satu-satunya identiti muslimah sejati. Apabila diarusperdanakan sebagai satu-satunya identiti Islami, maka cara pakaian yang lain akan jadi tidak Islami. Seperti disesatkan, dikafirkan, dinerakakan. Patriarki yang berakar kuat dalam masyarakat Melayu menjadikannya satu lagi alat untuk mengawal dan mengawasi moraliti perempuan.

Buruknya dogma tudung sebagai identiti muslimah sejati yang diasaskan pada satu pendapat fiqh daripada pelbagai pendapat yang ada tentang aurat dan hijab telah mematikan keanjalan pengamalan tudung yang telah berkurun lama ada dalam tradisi Islam dan budaya Melayu dan ini telah mendatangkan malang besar kepada perempuan.

Bukan sikit kita melihat kenyataan-kenyataan kurang ajar mengatakan perempuan yang tidak memakai tudung layak kena rogol kerana tidak menutup aurat. Perempuan yang tidak memakai tudung terhakimi sebagai perempuan yang tidak baik. Lalu yang pakai tudung pula mereka perhatikan gerak-geriknya agar perlakuannya sentiasa mengikut arahan agama.

Pada asasnya, perempuan sebagai manusia yang tidak boleh terganggu gugat keselamatan, dan kehormatan diri langsung tidak ada dalam kepala mereka. Perempuan selayaknya mendapat perlakuan menurut apa yang mereka pakai.

Tudung dan Konsekuensi Buruk kepada Perempuan Muslim Malaysia

Pada Islamis, tudung adalah positif, perempuan menjadi lebih sopan, lebih muslimah sejati. Problem terbesarnya angan-angan ini datang dengan konsekuensi buruk kepada perempuan Muslim seluruhnya di Malaysia. Lagi menambah parah dalam ranah bumi Melayu ini. Agama Islam ramai penjaga pagarnya yang menyebabkan masyarakat terhalang daripada menguasai keluasan ilmu pengetahuan tentang agama mereka sendiri secara mandiri.

Baca Juga:

Islam Melawan Oligarki: Pelajaran dari Dakwah Nabi

Mengapa Islam Harus Membela Kaum Lemah?

Tafsir Sakinah

Islam Menolak Kekerasan, Mengajarkan Kasih Sayang

Hal ini terlihat kepada kitab-kitab kuning, yang banyaknya tertulis dalam Melayu bukannya Arab. Bahasa Arab sebagai alat pemberdayaan itu tidak terkuasai oleh penuntut-penuntut ilmu agama di sini. Kerana ada tok-tok guru yang menerjemahkan teks. Ketertinggalan umat Melayu dalam lajunya wacana keIslaman berkembang adalah akibat ketidakmampuan untuk membacanya secara mandiri. Kerana ilmu alat tidak kita kuasai dan kebergantungan tinggi kepada tok guru.

Di zaman modern ini, penjaga gerbangnya menjadi semakin banyak seperti jabatan agama, elit agama, majlis ulama yang terkuasai oleh lelaki-lelaki patriarki baik dalam jalur apa sekali pun, salafi ke, wahabi ke, tradisionalis ke, aswj ke. Sama saja perangainya, suka mengawal perempuan dan mereka ini mendominasi wacana agama.

Kita melihat pada masa ini, walaupun kita sudah ada ramai pemegang PhD, profesor, dan graduan perempuan dalam bidang agama, akhirnya mereka juga membawa naratif pengawalan perempuan yang sama. Kerana wacananya adalah wacana yang terdominasi lelaki dengan bias dan prejudis lelaki.

Mereka tidak mandiri memikirkan secara kritis keadaan sosial perempuan dan naratif agama yang ada. Walaupun di hadapan mereka ada teks agama yang membebaskan perempuan, apatah lagi mahu melawan. Kerana melawan ada akibatnya, dan akibatnya adalah disesatkan, diliberalkan, disekularkan, dinerakakan. Lebih selamat untuk mengikut dan menunduk.

Melawan Islamisasi Pampleteeris

Malang kita semua kerana projek Islamisasi telah menyebabkan hampir semua autoriti agama termonopoli oleh jalur fikir puritan, binari dan Islam pamplet. Ya, bukan salah Islamisasi saja, ini juga berakibat daripada warisan sistem kolonial yang memang sudah sedia binari dan regresif. Malang kita kerana tradisi keilmuan dalam masyarakat kita selama bergenerasi tidak kuat, dan kerana tradisi gatekeeping agama sudah berakar kuat berkurun lama.

Lalu, kita tak ada benteng yang kuat secara tradisi untuk melawan dogma Islam pamplet. Tidak seperti di Indonesia, Islam pamplet boleh kita lawan dengan barisan ilmuan agamanya, yang berakar kuat pada tradisi ilmu, dan budaya masyarakatnya sendiri. Ramai yang boleh bangun melawan Islamisasi pampleteeris.

Isu hijab syar’i tak syar’i sudah ramai yang bising tentangnya di sana. Mengapa hijab tiba-tiba ada yang syar’i atau tak syar’i, ya kerja Islamis yang membezakannya. Membawa konotasi negatif bahawa pendapat Islam yang mereka dakwahkan adalah paling benar dan paling Islam.

Kita malang di sini, sebab kita semua hanya mampu terdiam apabila Neelofa kata suaminya menegur perkara yang baik tentang tudung kepala Adibah Noor. Yang kita bingungkan bukan tudung Adibah Noor itu, tapi sebenarnya betapa teruknya perempuan menjadi tempat kawalan masyarakat Melayu serba serbi. Dan pada perkara paling asas, yakni menghormati pilihan batang tubuh perempuan pun masyarakat ini gagal untuk faham.

Kombinasi nilai patriarki dan misogini yang sentralnya adalah pengawalan tubuh, dan moraliti perempuan. Bersama dengan itu, ada dogma Islamisme yang paksinya adalah kekuasaan dan autoritarianisme agama tempel-tempelan, yang meletakkan maruah kemanusiaan di darjat bawah adalah kombinasi yang paling bahaya.

Mangsanya adalah perempuan semua. Walaupun nampak moden dari luar, dalamnya kita tercengkam dengan kuku dogma agama. Saling tempel-tempelan yang tersogok kepada kita selama ini sebagai sebuah kebenaran. []

Tags: HijabislamMalaysiapatriarkiTudung
Huda Ramli

Huda Ramli

Nurhuda Ramli, Pegawai Program, Sisters In Islam, Malaysia.. Sebuah organisasi yang memperjuangkan hak wanita dalam rangka kerja Islam dan Hak Asasi Manusia

Terkait Posts

Ruang Aman, Dunia Digital

Laki-laki Juga Bisa Jadi Penjaga Ruang Aman di Dunia Digital

3 Juli 2025
Vasektomi

Vasektomi, Gender, dan Otonomi Tubuh: Siapa yang Bertanggung Jawab atas Kelahiran?

2 Juli 2025
Narasi Pernikahan

Pergeseran Narasi Pernikahan di Kalangan Perempuan

1 Juli 2025
Toxic Positivity

Melampaui Toxic Positivity, Merawat Diri dengan Realistis Ala Judith Herman

30 Juni 2025
Second Choice

Women as The Second Choice: Perempuan Sebagai Subyek Utuh, Mengapa Hanya Menjadi Opsi?

30 Juni 2025
Tradisi Ngamplop

Tradisi Ngamplop dalam Pernikahan: Jangan Sampai Menjadi Beban Sosial

29 Juni 2025
Please login to join discussion
No Result
View All Result

TERPOPULER

  • Kritik Tambang

    Pak Bahlil, Kritik Tambang Bukan Tanda Anti-Pembangunan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Islam Harus Membela Kaum Lemah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komitmen Disabilitas untuk Isu Iklim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Islam Melawan Oligarki: Pelajaran dari Dakwah Nabi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tak Lagi Aman? Ini 3 Cara Orang Tua Mencegah Kekerasan Seksual pada Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

TERBARU

  • Belajar Inklusi dari Sekolah Tumbuh: Semua Anak Berhak Untuk Tumbuh
  • Tahun Baru Hijriyah: Saatnya Introspeksi dan Menata Niat
  • Pesan Pram Melalui Perawan Remaja dalam Cengkeraman Militer
  • Rumah Tak Lagi Aman? Ini 3 Cara Orang Tua Mencegah Kekerasan Seksual pada Anak
  • Berjalan Bersama, Menafsir Bersama: Epistemic Partnership dalam Tubuh Gerakan KUPI

Komentar Terbaru

  • Asma binti Hamad dan Hilangnya Harapan Hidup pada Mengapa Tuhan Tak Bergeming dalam Pembantaian di Palestina?
  • Usaha, Privilege, dan Kehendak Tuhan pada Mengenalkan Palestina pada Anak
  • Salsabila Septi pada Memaknai Perjalanan Hidup di Usia 25 tahun; Antara Kegagalan, Kesalahan dan Optimisme
  • Zahra Amin pada Perbincangan Soal Jilbab
  • Nolimits313 pada Perbincangan Soal Jilbab
  • Tentang
  • Redaksi
  • Kontributor
  • Kirim Tulisan
Kontak kami:
redaksi@mubadalah.id

© 2023 MUBADALAH.ID

Selamat Datang!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Home
  • Aktual
  • Kolom
  • Khazanah
  • Rujukan
  • Tokoh
  • Monumen
  • Zawiyah
  • Kolom Buya Husein
  • Login
  • Sign Up

© 2023 MUBADALAH.ID